Objek berpotensi berbahaya

Objek berpotensi berbahaya (potentially hazardous object, PHO) merujuk kepada sebarang objek yang beredaran dekat dengan orbit Bumi, sama ada asteroid atau komet, sehingga bertindih laluan dan cukup besar untuk menyebabkan kerosakan hebat di Bumi sekiranya objek tersebut menghentam permukaan ia.[1]Objek-objek yang dinyatakan sedemikian ditakrifkan mempunyai jarak simpang orbit minimum kurang dari 0.05 astronomical unit (19.5 lunar distance) dengan Bumi dan magnitud mutlak 22 atau lebih terang.[2] Jasad seperti asteroid yang diukur luas lebih dari 35 meter boleh mendatangkan kepada suatu petempatan sebesar bandar atau kota.[3] Kebanyakan jasad asteroid sukar diukur kerana pemerhatian terhad lalu hanya boleh didasarkan kecerahan dan jarak, berbanding ukuran magnitud mutlak lebih tepat.